KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri tidak mahu rumah untuk rakyat Sabah yang kurang berkemampuan itu lewat disiapkan dan mendapati terdapat kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaannya.
"Kita akan melihat punca pembinaan rumah itu lewat. Jika kerana cuaca atau jarak lokasi jauh, mereka (kontraktor yang berdepan situasi itu) akan diberikan elaun khas," katanya menerusi kenyataan sempena penyerahan Rumah Mesra SMJ di Ranau hari ini.
Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, berkata selagi kerajaan negeri diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), program Rumah Mesra SMJ di negeri ini akan diteruskan demi membantu rakyat yang memerlukan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti komponen GRS berkata setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntukkan 20 buah Rumah Mesra SMJ.
Rumah Mesra SMJ yang dilancar kerajaan Sabah pada September 2022, merupakan program pemberian rumah bernilai RM70,000 secara percuma kepada rakyat dengan mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu rakyat berada di bawah garis kemiskinan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam. - Foto Facebook Dr Joachim Gunsalam
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim
Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.